

Dengan pengalaman dan kemahiran selama 2 tahun yang kami ada. kami bercadang untuk mengembangkan tanaman rockmelon ini dengan lebih besar dan luas lagi. Kami berkeyakinan tanaman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri, kerana rasa yang enaknya dan kalazatannya yang tiada tandingan. ketika ini buah rockmelon mempunyai nilai pasaran yang tinggi baik pasaran tempatan mahupun pasaran luar negara yang belum ditembusi. Buat masa ini belum ramai yang menceburi bidang ini kerana kos pembinaannya (structure) yang tinggi. Di negara Jepun harga buah rockmelon mencecah RM500.00 satu kilogram.








PROJEK PAYONG RockMelon ini adalah idea/ ilham dari agrobank sendiri. Projek ini adalah untuk membina satu rangkaian pengeluar buah rockmelon yang bersepadu untuk menjamin kuantiti dan mutu buah memandangkan pemintaan yang tinggi sekarang ini. Dalam projek ini bakal usahawan akan di bimbing di bawah kawal selia. Pemindahan teknologi, teknik penanaman, modal dan sebagainya sehingga bisnes mereka berjaya. Bila rangkaian ini membesar mengikut kouta yang ditetapkan mereka ini akan membentuk sebuah persatuan sendiri. Program ini sedang dibuka sekarang. Maklumat lanjut: En Kamal 012-012-2000862





